Saturday, October 16, 2010

Apa itu Foot Detox Patch?


Foot patch adalah salah satu cara yang dicipta dalam bidang perubatan bagi membantu fungsi badan mengeluarkan toksin dari badan. Badan kita berkeupayaan mengeluarkan toksin ini secara semulajadi, namun akibat pemakanan atau gaya hidup yang tidak dikawal selia dengan baik, kemampuan badan bagi mengeluarkan toksin terbantut. Foot Detox Patch membantu badan secara semula jadi untuk mengeluarkan TOKSIN melalui titik akupuntur di tapak kaki yang telah terbukti.

(Ini telah saya alih bahasa daripada laman web yang tertera) Kenapa toksin? Mengikut (http://www.innvista.com/health/microbes/toxins.htm)  toksin adalah racun yang boleh memberi kesan keatas tubuh badan secara dalaman atau luaran. Toksin boleh wujud dalam bentuk semula jadi atau sintetik.Bayangkan, hampir 120,000 jenis bahan kimia yang dibuat oleh manusia telah terbuang kedalam persekitan dalam pelbagai bentuk dan peningkatan bahan-bahan ini semakin hari semakin bertambah. Pada masa yang sama, mikroorganisma yang terdedah kepada toksin ini telah dimutasikan melebihi dari jangkaan kita.Setiap mikroorganisma yang termutasi ini membebaskan pelbagai jenis toksin kedalam badan hosnya. Telah terbukti wujudnya kaitan antara pengumpulan toksin dalam badan dengan penyakit-penyakit kronik.

No comments:

Post a Comment